Salam sejahtera…

Ahlan wasahlan wamarhaban

Kesalahan Tatabahasa



YANG SALAH
YANG BETUL
CATATAN

Pra tonton
Pratonton
Awalan pra tidak boleh
berdiri sendiri dan dieja
sebagai satu perkataan.
Contoh:
• Prabayar
• Prasekolah
• Prapenerbitan
• Pratonton


Jendela klasik

Jendela Klasik

Kata nama khas, dengan
demikian konsonan k
dieja dengan huruf besar.


Gotong royong

Gotong‐royong

Kata berganda, dieja
dengan tanda sempang.


Sosio politik

Sosiopolitik

Awalan sosio tidak boleh
berdiri sendiri dan dieja
sebagai satu perkataan.
Contoh:
• Sosioekonomi
• Sosiobudaya
• Sosiopolitik
• Sosiodrama


Y.B

YB

Tidak perlu tanda noktah

dari 250 unit kepada
300 unit…

daripada 250 unit
kepada 300 unit…


Padanan yang tepat
Dari…ke
Daripada…kepada




Pasca Kabinet

Pasca‐Kabinet,

Pascakabinet

Awalan pasca tidak boleh berdiri sendiri dan dieja
sebagai satu perkataan
apabila bertemu kata
umum, manakala dieja
dengan tanda sempang
apabila bertemu kata
nama khas.
Contoh kata umum:
Pascabayar
Pascapenerbitan
Pascakabinet
Contoh kata nama khas:
Pasca‐Merdeka
Pasca‐Kabinet


bagi membuat
penerangan…

untuk memberi
penerangan…

Kita memberikan atau
menyampaikan
penerangan.
Kita tidak membuat
penerangan.

Ke 4
Ke‐4
Perlu ada tanda sempang
sebelum angka 4.
Contoh:
Ke‐21
Ke‐10
Dieja sebagai satu
perkataan apabila angka
itu diganti dengan abjad.
Contoh:
Ketiga
Kesepuluh
Keempat


Mengambilkira

Mengambil kira

Kata majmuk dieja
terpisah. Kata majmuk
dieja sebagai satu








perkataan apabila
menerima awalan dan
akhiran.
Contoh:
Ambil alih
Mengambil alih
Pengambilan
Anak tiri
Beranak tiri
Menganaktirikan


7hb Jun 2010

7 Jun 2010

Perlu seragam, tidak perlu
hb.


Anggaran peruntukkan

Anggaran peruntukan

Akhiran an membentuk
KN.
Akhiran kan membentuk
KK.
Kekeliruan timbul apabila
perkataan berakhir
dengan konsonan k.
Contoh:
Semak
Semak+an= semakan (KN)
Semak+ kan = semakkan
(KK)
Gosok
Gosok+an= Gosokan (KN)
Gosok+ kan = Gosokkan
(KK)


Y.Bhg

YBhg

Tidak perlu tanda noktah.





Perlantikan

Pelantikan

Pelantikan daripada proses melantik.


Tempoh
penyambungan mulai
dari Jun 2010 hingga
Mei 2011.


Tempoh penyambungan
mulai Jun 2010 hingga
Mei 2011.

Tidak perlu kata sendi dari
selepas mulai.

…inovasi di antara
Jabatan/agensi

…inovasi antara
Jabatan/Agensi

Kata sendi nama di antara
untuk menunjukkan
tempat atau ruang.


Maklumbalas

Maklum balas

Kata majmuk, dieja
terpisah.


Juru perunding

Juruperunding

Juru‐ orang yang
mempunyai keahlian
dalam sesuatu perkara
(biasanya dipakai dalam
kata majmuk dan dieja
bersambung sebagai satu
perkataan)
Contoh:
Juruacara
Juruanalisis
Jurubahasa
Jurubina
juruelektrik


Diperingkat

Di peringkat

Kata sendi di, dieja
terpisah




antara Bahagian Acara
KPKK dan Bahagian
Komunikasi…

antara Bahagian Acara
KPKK dengan Bahagian
Komunikasi…

Padanan antara ialah
dengan. Dan hanya
terpakai apabila
melibatkan lebih
daripada dua pihak.
Contoh:
Perjanjian antara RTM dengan Media
Prima.
Perjanjian antara
RTM, Media Prima
dan ASTRO.


…di kaitkan dengan…

…dikaitkan dengan…

Kait, KK. Dengan demikian
awal di dieja sebagai satu
perkataan.


…terdiri dari pelbagai…

…terdiri daripada
pelbagai…

Kata sendi yang lebih
tepat ialah daripada


…sambutan
menggalakan dari orang
ramai…

…sambutan
menggalakan daripada
orang ramai…

Akhiran an membentuk
KN.
Akhiran kan membentuk
KK.
Kata sendi dari untuk
tempat dan masa.
Kata sendi daripada untuk
orang, perbandingan dan
asal kejadian.


Sekapur Sireh

Sekapur Sirih

Hukum Keselarasan Vokal,
Vokal i padanannya vokal i.


Golongan Cendikiawan

Golongan Cendekiawan

Kesalahan mengeja



Lain‐lain dasar
Dasar‐dasar lain
Hukum DM
Yang diterangkan
mendahului yang
menerangkan. Dalam
konteks ini yang
diterangkan ialah dasar.
Contohcontoh lain:
Pisang goreng
bukan goreng
pisang
Halhal lain bukan
hal‐hal lain
Faktorfaktor lain
bukan lain‐lain
faktor
 Jalanjalan lain
bukan lain‐lain jalan

Hari Kemerdekaan
Malaysia Ke 52

Hari Kemerdekaan
Malaysia Ke‐52

Perlu ada tanda sempang
sebelum angka 52.

…menyatu padukan
rakyat…

…menyatupadukan
rakyat…

Kata majmuk dieja
sebagai perkataan apabila
menerima awalan dan
akhiran.

…tahu membezakan
antara yang baik dan
buruk…

…tahu membezakan
antara baik dengan
buruk…
…tahu membezakan antara yang baik dengan
yang buruk…

Padanan yang tepat
adalah seperti yang
berikut antara…dengan

…asas di mana kesemua
rakyat Malaysia terus
bergerak…

…asas bagi kesemua
rakyat Malaysia terus
bergerak…

Di mana ialah kata tanya,
dengan demikian tidak
boleh berfungsi sebagai
kata hubung.

Kemampanan

Kemapanan

Kata mampan tiada dalam
Kamus Dewan.